Thursday, December 17, 2009

Kemenangan Yang Amat Manis

Hari ni ramai orang Malaysia yang balik awal sebab hendak menonton bola. Dan antara topik perbualan yang top hari ini ialah pasal pasukan Malaysia yang berjaya masuk final dan apakah keputusan perlawanan. Aku tak tahu orang lain tapi bagi aku ia sesuatu yang sudah lama tidak dirasai. Terasa kenikmatannya.

Dan malam tadi pasukan Malaysia benar-benar membalas harapan dan doa rakyat Malaysia semua. Mereka bermain bola dengan betul. Biarlah apa orang nak kata samada permainan Malaysia yang baik atau permainan Vietnam yang buruk, pada aku apa yang penting di dalam perlawanan akhir itu permainan Malaysia adalah lebih baik dari Vietnam sebab itu kita menang. Perbezaan gol dan cara jaringan tidak lagi penting. Dan aku sendiri berasa puas...... bersorak walaupun dapat bersorak sekali sahaja. Tahniah Malaysia.

No comments:

Post a Comment