Thursday, December 17, 2009

Bolasepak Malaysia - Emas Sukan SEA?


Kali terakhir aku menonton bola secara “live di stadium ialah pada tahun 1990. Aku bersama kawan sepejabat menonton perlawanan antara Perak dan Selangor di dalam perlawanan akhir Piala FA yang pertama kalau tak salah. Itu 19 tahun yang lalu dan selepas itu aku tidak lagi pergi menonton bola secara “live” atau di tv malah membaca berita mengenai bolasepak Malaysia pun tidak. Puncanya kerana kes mengatur keputusan permainan yang melibatkan pemain-pemain utama negara dan negeri dan khabarnya termasuk juga para pegawai persatuan. Sebagai penyokong dan penonton aku rasa tertipu, sampai serak dan hilang suara bersorak tapi rupa-rupanya hanya menonton lakonan/permainan wayang kulit sahaja.


Dan dua tiga hari ni semua heboh berbicara pasal pasukan Malaysia yang akan bertemu dengan Vietnam esok petang 17hb Dec 2009 didalam final bolasepak Sukan SEA. Ia bagaimanapun menarik minat aku sedikit mungkin kerana dahagakan kejayaan pasukan Malaysia di arena yang lebih besar. Cuma satu yang aku doakan, pemain-pemain Malaysia akan betul-betul bermain bola. Maksud aku menendang bola bukan kaki pemain lawan dan “tackle” untuk merebut bola bukan untuk menjatuhkan atau mencederakan pemain lawan. Sekiranya pemain Malaysia betul-betul bermain bola dan tidak tegang aku percaya pasukan Malaysia boleh membalas kepercayaan yang diberikan dan harapan menggunung rakyat Malaysia dengan membawa pulang emas bolasepak Sukan SEA. 

No comments:

Post a Comment