Thursday, June 17, 2010

My Journey



"Here I am for Umrah, here I am, Oh Allah, here I am. Here I am. You have no partner. Here I am. Surely all praise, grace and dominion is yours, and you have no partner." 


" Our Lord, grant us good in this life and good in the hereafter and save us from the punishment of the Hell fire. Oh Allah, I beg of You for forgiveness and health in this life and in the Hereafter."


Thursday, December 17, 2009

Kemenangan Yang Amat Manis

Hari ni ramai orang Malaysia yang balik awal sebab hendak menonton bola. Dan antara topik perbualan yang top hari ini ialah pasal pasukan Malaysia yang berjaya masuk final dan apakah keputusan perlawanan. Aku tak tahu orang lain tapi bagi aku ia sesuatu yang sudah lama tidak dirasai. Terasa kenikmatannya.

Dan malam tadi pasukan Malaysia benar-benar membalas harapan dan doa rakyat Malaysia semua. Mereka bermain bola dengan betul. Biarlah apa orang nak kata samada permainan Malaysia yang baik atau permainan Vietnam yang buruk, pada aku apa yang penting di dalam perlawanan akhir itu permainan Malaysia adalah lebih baik dari Vietnam sebab itu kita menang. Perbezaan gol dan cara jaringan tidak lagi penting. Dan aku sendiri berasa puas...... bersorak walaupun dapat bersorak sekali sahaja. Tahniah Malaysia.

Selamat Menyambut Awal Muharram


Doa Hujung Tahun (Baca 3x di waktu Asar 30hb)

Segala puji hanya bagi Allah
Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam

Selawat dan salam keatas junjungan kami
Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda
dan para sahabatnya

Ya Allah
Sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganmu
tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan
engkau tidak redha dan melupai perkara itu

Engkau telah menangguhkan azabMu
yang telah ditetapkan kepada ku
Engkau telah memerintahkan
supaya aku bertaubat dari kesalahan itu

Sesungguhnya pada hari ini
Aku memohon keampunan dariMu
Ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan
pada tahun ini Engkau redhai dan Engkau
janjikan pahala maka aku memohonnya
daripada Engkau


Selawat dan salam keatas junjungan kami
Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda
dan para sahabatnya





Doa Awal Tahun (Baca 3x di waktu Maghrib 30hb)

Segala puji hanya bagi Allah
Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam

Selawat dan salam keatas junjungan kami
Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda
dan para sahabatnya

Ya Allah
Engkau lah yang kekal untuk selama-lamanya
Demi kelebihan Mu yang Maha Agung
dan kemurahan Mu yang melimpah

Sesungguhnya pada tahun ini aku memohon
kepada Mu perlindungan daripada syaitan
yang di rejam dari sekelian kuncunya
tenteranya dan penolongnya

Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu
amarah yang sentiasa mendorong kearah kejahatan
dan melalaikan dengan perkara yang tidak
berfaedah daripada mendekatkan diriku kepada Mu


Selawat dan salam keatas junjungan kami
Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda
dan para sahabatnya

Bolasepak Malaysia - Emas Sukan SEA?


Kali terakhir aku menonton bola secara “live di stadium ialah pada tahun 1990. Aku bersama kawan sepejabat menonton perlawanan antara Perak dan Selangor di dalam perlawanan akhir Piala FA yang pertama kalau tak salah. Itu 19 tahun yang lalu dan selepas itu aku tidak lagi pergi menonton bola secara “live” atau di tv malah membaca berita mengenai bolasepak Malaysia pun tidak. Puncanya kerana kes mengatur keputusan permainan yang melibatkan pemain-pemain utama negara dan negeri dan khabarnya termasuk juga para pegawai persatuan. Sebagai penyokong dan penonton aku rasa tertipu, sampai serak dan hilang suara bersorak tapi rupa-rupanya hanya menonton lakonan/permainan wayang kulit sahaja.


Dan dua tiga hari ni semua heboh berbicara pasal pasukan Malaysia yang akan bertemu dengan Vietnam esok petang 17hb Dec 2009 didalam final bolasepak Sukan SEA. Ia bagaimanapun menarik minat aku sedikit mungkin kerana dahagakan kejayaan pasukan Malaysia di arena yang lebih besar. Cuma satu yang aku doakan, pemain-pemain Malaysia akan betul-betul bermain bola. Maksud aku menendang bola bukan kaki pemain lawan dan “tackle” untuk merebut bola bukan untuk menjatuhkan atau mencederakan pemain lawan. Sekiranya pemain Malaysia betul-betul bermain bola dan tidak tegang aku percaya pasukan Malaysia boleh membalas kepercayaan yang diberikan dan harapan menggunung rakyat Malaysia dengan membawa pulang emas bolasepak Sukan SEA. 

Tuhanku

Tuhanku,
Dalam termanggu
Ku sebut nama-Mu
Biar susah sungguh
Mengingat Kau penuh seluruh

Tuhanku
Cahaya-Mu
Panas suci bagai kerdip lilin
Dikelam sunyi




Tuhanku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing

Tuhanku
Pintu-Mu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling






Wednesday, December 16, 2009

Lambaian Kaabah

Sudah lebih 3 bulan aku balik dari Jeddah, Arab Saudi. Balik untuk bersama anak dan isteri ku tapi aku merasa seperti merindui bumi Arab Saudi dan Mekah. Terasa ingin aku untuk kembali kesana dan sujud di hadapan Kaabah dengan penuh rasa rendah diri memohon keampunan dari Allah.


Sepanjang kehidupan yang aku lalui ini sudah terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan. Ya Allah! ampunkan lah segala dosa-dosa ku! Aku mohon perlindungan mu!

Wednesday, December 9, 2009

Tungau



Tungau! Kenangan aku semasa aku kecil dahulu / Scabies! My childhood memories.

Aku lahir didalam satu keluarga yang susah. Tinggal di kampung dan membesar didalam suasana kampung. Hobi aku semasa kecil pula adalah mencari "spider" dan didalam proses itu terpaksa aku menyusup di semak2 yang kebetulan merupakan habitat semula jadi Tungau / I was born in a poor family. Lived and brought up in a village environment. One of my childhood hobbies was catching spider and in the process i had to snuggle through the undergrowth which is a natural habitat for scabies.


Tempat kegemaran Tungau ini menggigit mangsanya pula adalah di bahagian-bahagian yang lembab dan sukar di capai seperti dicelah kelangkang, ketiak termasuklah di bahagian kemaluan. Sesiapa yang pernah di gigit oleh Tungau akan biasa ingat betapa menggaru itu adalah suatu nikmat yang teramat sangat. Dan kerana kenikmatanya itu, tempat, masa atau persekitaran bukan lagi di pertimbangkan oleh mangsa bila kegatalannya memuncak / The favorite places where the scabies would like to bite are the damp and hard to reach areas like the inner thighs, armpits including the private parts. Those who had been bitten by scabies will surely recall the soothing pleasure of scrubbing. And because of the pleasure, place, time or the surroundings is no more the consideration by the victim when the itchiness is at its peak.

Dan aku abadikan kenangan aku itu sebagai nama blog ku ini....... Tungau! / And i dedicate my memories as the title of my blog........ Tungau!